kenali triple t training


Triple T

adalah Simbol Kekuatan Tarbiyyah

Triple T

adalah Latihan Cintakan Allah

Triple T

adalah Wacana Kehidupan Ummah

Triple T

adalah Medan Muhasabah Diri

Triple T

adalah Pencetus Generasi Rabbani

Triple T adalah .......

TUNJANG KEKUATAN USROH YANG DI REALISASIKAN DALAM 3 RUKUNNYA IAITU :
Taaruf

Tafahum

Takaful
Apakah itu Taaruf
  • Mengenali, memahami dan menyelami setiap sudut tingkahlaku dan latar hidup sesama ahli.
  • Sentiasa bersangka baik dan menangkis dengan bijaksana dalam menjamin kemurnian ikatan ukhuwwah.
  • Ukhuwwah yang yang lahir daripada hati dan diterjemah dengan pengorbanan dan kasih sayang .
Apakah itu Tafahum
  • Ukhuwwah yang konsisten atas paksi istiqamah, saling nasihat menasihati,muhasabah, saling mempercayai dan saling mendoakan sahabat.
  • Berlapang dada dalam menerima teguran dan anjakan perubahan diri
  • Tidak pernah putus asa dan rasa iri hati dalam persahabatan
  • Sentiasa menghormati dan punya keyakinan tinggi dalam persahabatan.

Apakah itu Takaful
  • Berkorban apa sahaja untuk menanggung beban sahabat dengan semangat ’al ithar’ dalam merealisasikan semangat ukhuwwah.
  • Merasai dan menjiwai persahabatan yang dibina adalah seperti anggota badan kita yang saling toleransi dan merasai kemanisan dan kepahitan hidup bersama.
  • Hidup mati dan pertemuan perpisahan kerana Allah.


Mari bersama jayakan Usroh ke arah keredhoaan Allah menjalinkan kasih sayang Fillah

Selamat mengikuti Triple T Training

Daripada :

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim
Moderator Triple T Training

Video