Welcome to our website. Neque porro quisquam est qui dolorem ipsum dolor.

Lorem ipsum eu usu assum liberavisse, ut munere praesent complectitur mea. Sit an option maiorum principes. Ne per probo magna idque, est veniam exerci appareat no. Sit at amet propriae intellegebat, natum iusto forensibus duo ut. Pro hinc aperiri fabulas ut, probo tractatos euripidis an vis, ignota oblique.

Ad ius munere soluta deterruisset, quot veri id vim, te vel bonorum ornatus persequeris. Maecenas ornare tortor. Donec sed tellus eget sapien fringilla nonummy. Mauris a ante. Suspendisse quam sem, consequat at, commodo vitae, feugiat in, nunc. Morbi imperdiet augue quis tellus.

Saturday, January 30, 2010

TAHNIAH ALUMNI TRIPLE T SISWA

TAHNIAH!! buat alumni siswa Triple T yang baru sahaja tamat berprogram malam ini..

Seramai lebih 600 siswa Kolej Universiti Insaniah termasuk rakan-rakan siswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAPs), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Politeknik Syed Sirajuddin Arau telah menamatkan program mereka..

Mereka adalah antara 1600 orang alumni
Triple T yang baru sahaja diperkenalkan pada minggu lalu..

Pihak penganjur amat berharap agar segala pengalaman yang diperolehi dapat mampu memberi sentuhan baru untuk usrah-usrah yang bakal dilaksanakan nanti.

Anda dijemput untuk memberi sebarang komen, cadangan, sokongan serta berkongsilah pengalaman anda di ruang chatting dan ruang komen yang disediakan di blog ini..

TRIPLE T DAKWAH BERINTERAKTIF

Triple T Training menampilkan dakwah berinteraktif melalui media yang bakal memberi kesan mendalam buat peserta-peserta Triple T. Program dakwah interaktif ini dijangka memberikan impak yang besar buat peserta-peserta yang mengikutinya dengan bunyian audio serta video..

Para peserta akan merasai kelainan berusrah dan berukhwah dengan paparan media yang belum pernah mereka ikuti sebelum ini.

Triple T mengajak semua mahasiswa seluruh Malaysia bersama-sama berusrah melalui kaedah Triple T yang boleh memberikan kesan berpanjangan terhadap usrah anda..

Bersama-samalah
Triple T untuk membina usrah dan masa depan yang gemilang..

Friday, January 29, 2010

TRIPLE T SIRI KEDUA BERLANGSUNG

TERKINI.. Triple T siri kedua telah berlangsung di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah.. Seramai lebih 600 orang siswa yang terdiri dari pelbagai latar belakang telah bersama-sama mengikuti program yang dibimbing oleh moderator terkenal Ustaz Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim. Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik berteraskan 3 prinsip utama rukun usrah Ta'aruf, Tafahum dan Takaful.

Triple T kali ini lebih istimewa kerana turut disertai oleh 3 IPT tempatan iaitu mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Politeknik Syed Sirajuddin Arau.

Triple T mengalu-alukan rakan-rakan siswi Alumni Triple T yang pertama untuk bersama-sama menyaksikan perjalanan Triple T kali ini. Anda dijemput untuk menyaksikan perjalanan sepanjang aktiviti di tempat yang disediakan di tingkat 2 Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Sunday, January 24, 2010

BLOG TRIPLE T BERWAJAH BARU


Triple T
kini maju setapak lagi dengan kewujudan blog yang mampu menjadi wadah buat teman-teman alumni Triple T untuk berkongsi pengalaman, cadangan dan komen. Insya Allah pihak admin blog Triple T akan cuba menaik taraf blog ini dari semasa ke semasa..

Teruskan bersama kami memberi sokongan untuk membantu dakwah melalui usrah sehingga ke seluruh pelusuk dunia..

"Hidupkan Usrah, Bina Ukhwah, Jana Mahabbah, Hidup anda pasti lebih indah"

PERJUANGAN TRIPLE T DITERUSKAN..



Triple T
akan terus melangkah dengan penganjuran program Triple T Training siri kedua setelah siri pertama yang lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Peserta Siri yang kedua ini akan dihidangkan dengan beberapa aktiviti yang lebih menarik dan lain dari yang lain yang belum pernah mereka lalui.

Triple T Training siri kedua nanti terbuka kepada semua warga siswa Kolej Universiti Insaniah dan kampus-kampus yang lain. Maklumat progam tersebut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 29 & 30 Januari 2010
Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, KUIN

S
o, buat siswa-siswa sekalian, jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Jangan biarkan detik-detik indah yang sepatutnya milik anda berlalu begitu sahaja.. Rasailah kelainannya..

'Hidupkan Usrah, Bina Ukhwah, Jana Mahabbah, Hidup anda lebih Indah!'

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Mr. Ikrom : 019-5516093
Mr. Ismail : 019-5515985

Saturday, January 23, 2010

TAHNIAH BUAT ALUMNI PERTAMA TRIPLE T TRAINING!!!

Program pertama Triple T Training telah dilancarkan pada hari semalam dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Triple T Training merupakan sebuah program latihan usrah yang menarik dibimbing oleh moderator terkenal iaitu al-fadhil ustaz Azki Hafizi Bin Haji Ibrahim.

Seramai lebih 1000 orang peserta sulong yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kampus telah bersama-sama hadir dan merasai kehebatan sentuhan program-program yang terbaik.

TAHNIAH! buat peserta Triple T Training sulung yang telah berjaya mengikuti program tersebut.. Andalah keluaran pertama yang akan mengemparkan dunia..

Kongsilah pengalaman anda di ruang chat dan forum yang akan diwujudkan tidak lama lagi..

Video