Friday, January 29, 2010

TRIPLE T SIRI KEDUA BERLANGSUNG

TERKINI.. Triple T siri kedua telah berlangsung di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah.. Seramai lebih 600 orang siswa yang terdiri dari pelbagai latar belakang telah bersama-sama mengikuti program yang dibimbing oleh moderator terkenal Ustaz Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim. Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik berteraskan 3 prinsip utama rukun usrah Ta'aruf, Tafahum dan Takaful.

Triple T kali ini lebih istimewa kerana turut disertai oleh 3 IPT tempatan iaitu mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Politeknik Syed Sirajuddin Arau.

Triple T mengalu-alukan rakan-rakan siswi Alumni Triple T yang pertama untuk bersama-sama menyaksikan perjalanan Triple T kali ini. Anda dijemput untuk menyaksikan perjalanan sepanjang aktiviti di tempat yang disediakan di tingkat 2 Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

0 comments:

Post a Comment

Video